RAMALAN 1
SOALAN
Fenomena blog semakin mendapat perhatian sejak akhir-akhir ini di negara kita. Pelbagai jenis blog wujud di alam maya, ada blog yang cenderung kepada kebaikan dan tidak kurang pula yang membawa kepada keburukan. Bincangkan kebaikan dan keburukan kewujudan blog dalam konteks negara kita Malaysia.
JAWAPAN
Blog merupakan blog adalah website yang isinya berupa tulisan-tulisan yang merupakan pandangan peribadi dari pemilik blog. Kebiasaannya blod bersifat komentar di mana pembaca boleh memberikan tanggapan terhadap isu yang ditulis dan penulis blog akan membalas balik komentar tersebut. Kewujudan blog memang membawa banyak kebaikan dan juga keburukan kepada masyarakat di negara kita.
Kebaikan blog ialah kita dapat menyuarakan pendapat kita tentang apa sahaja isu yang berlaku. Kita boleh melahirkan idea dan bakat yang terpendam dengan menghasilkan tulisan-tulisan yang berkualiti dalam blog sendiri. Dalam hal ini, kadang-kadang apa yang kita suarakan dalam blog boleh diterima oleh para pembaca dan bermanfaat untuk mereka. Sebagai contohnya, jika kita berminat menulis rencana mengenai isu-isu semasa tetapi tiada ruang untuk kita berbuat demikian, maka kita boleh menjadikan blog sebagai medan untuk melahirkan idea kita. Tuntasnya, blog memang membantu kita dalam menyuarakan pendapat mengenai sesuatu perkara.
Selain itu, blog keusahawanan dan perniagaan di internet dapat membantu kita melahirkan lebih banyak usahawan internet yang berjaya di Malaysia. Sebagai contohnya, Irfan Khairi yang menjadi jutawan internet berkat dari kemahiran beliau menghasilkan blog berkaitan dengan perniagaan internet. Tambahan pula, dengan menggunakan blog tersebut kita boleh memberikan nasihat, bimbingan, dorongan dan panduan berguna kepada individu yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan internet. Ini secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan pendapatan negara.
Walau bagaimanapun, blog yang disalahgunakan boleh membawa pelbagai keburukan. Penularan budaya menfitnah individu tertentu menggunakan blog semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Fitnah yang tidak berasas tentang isu-isu sensitif seperti menyentuh mengenai hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia boleh mencetuskan masalah polarisasi kaum jika dibiarkan berlarutan. Terdapat juga segelintir penulis-penulis blog yang begitu berani mengkritik dan mempersoalkan ketuanan Yang di-Pertuan Agong yang menjadi simbol kedaulatan negara ini dalam blog mereka. Perkara ini harus diberikan perhatian yang serius.
Kritikan terhadap kerajaan yang memerintah dan para pemimpin bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan di alam maya. Pelbagai tomahan dan hasutan serta cacian dilontarkan tanpa bukti yang kukuh dan jelas. Pembaca-pembaca blog pula mudah percaya akan perkara yang mereka baca dalam blog sehingga terpengaruh. Akibatnya, kredibiliti dan kewibawaan seseorang pemimpin dan kerajaan yang memerintah selalu dipersoalkan oleh masyarakat. Fenomena ini jika dibiarkan boleh menghuru-harakan negara kita.
Konklusinya, blog harus digunakan ke arah kebaikan bukannya cenderung kepada keburukan. Sesungguhnya, banyak kemaslahatan yang dapat kita peroleh jika blog digunakan untuk menyalurkan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Jadilah, masyarakat yang matang dan berilmu demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yng kita impi-impikan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan